Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kekesalan dan meminta semua pihak yang mempunyai urusan dengan kami berhati-hati dengan individu yang menggelarkan dirinya sebagai Husin bin Abdullah, Alan Chong, Loh Kah Foh ataupun Cheung Keong Soon ( kesemua nama ini adalah individu yang sama ) sebagai wakil YKSNS untuk menjalinkan apa-apa persetujuan, perjanjian mengenai apa-apa perkara melibatkan pembelian peralatan, sumbangan kewangan dan sebagainya.
PIhak kami ingin menegaskan bahawa individu ini bukanlah kakitangan mahupun sukarelawanan kami melainkan hanya seorang klien yang dirujuk oleh Pusat Dakwah Islamiah, Paroi untuk diberikan perlindungan disebabkan masalah peribadi.
Akhir-akhir ini, kami dihujani dengan pelbagai panggilan dan menerima kedatangan tetamu bertanyakan hubungan individu ini dengan YKSNS, sama ada memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran dan sebagainya. Sekali lagi kami ingin menegaskan bahawa penama ini tidak mempunyai sebarang kuasa untuk bertindak bagi pihak kami. Individu ini mempunyai kecenderungan untuk memalsukan dokumen dan mempunyai pelbagai nama yang tidak mempunyai kesahihan.
YKSNS memohon jasa baik pihak-pihak berkenaan untuk berhubung dengan pentadbiran YKSNS 06-678 1021 untuk apa-apa maklumat lanjut. Pihak kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa perjanjian, pembelian yang dibuat bagi pihak kami dan tanpa pengetahuan kami.
Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



